Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum w.b.t.
Dalam kepadatan dan
keriuhan suasana kampus Universiti Utara Malaysia, ramai yang terlupa dengan
kisah Bukit Kachi. Dimana terletaknya Bukit Kachi? Ada yang tidak pernah
langsung singgah ke Bukit Kachi dan ada yang sangat takut untuk ke sana hanya
kerana ia terletak jauh ke dalam hutan sedangkan ia cuma 200 kilometer dari
pintu campus UUM. Pelbagai cerita buruk dan menakutkan yang diperdengar tentang
Bukit Kachi seperti tempat itu sangat ‘keras’!
Saya adalah pelajar UUM
yang ditempatkan di Bukit Kachi sejak semester satu dan sekarang semester lima
dimana sudah dua tahun lebih saya menginap di Dewan Penginapan Pelajar SME
Bank, Bukit Kachi. Saya selalu berdoa agar Allah tempatkan saya di DPP yang
terbaik dan sekarang saya amat bersyukur kerana Bukit Kachi adalah yang terbaik
untuk kehidupan saya yang bergelar mahasiswi.
Apa yang seronok dan
terbaik sangat Bukit Kachi ni? Pertamanya, Bukit Kachi dibangunkan setelah
melihat beberapa masalah yang dihadapi di dalam campus UUM seperti kepadatan
penduduk. Maka, Bukit Kachi telah diberi nafas baru dengan membangunkan asrama
yang lebih teratur sehingga 4 ke 5 tingkat dan ruang setiap bilik adalah lebih
luas dan selesa. Segala kemudahan amat dititik beratkan seperti tandas, bilik
mandi dan ampaian baju yang boleh menampung jumlah pelajar tanpa ada masalah
yang besar. Kemudian, setiap dua blok asrama mempunyai court badminton dan
futsal sendiri dimana peralatan sukan juga tidak diabaikan.
Segala keperluan dan
kehendak sebagai mahasiswa sentiasa dipenuhi walaupun kami hidup di Bukit Kachi
dimana terdapat masjid dan Kachi Mall khas untuk dua DPP sahaja iaitu DPP Bank
Rakyat dan DPP SME Bank . Kami mempunyai masjid yang luas, bersih dan sangat
selesa tambahan pula khairiah masjid sangat aktif . Bagi Kachi Mall pula,
terdapat koperasi yang lengkap dengan barangan jualan dan hampir sepuluh
pilihan gerai makanan disediakan termasuk makanan Barat, Melayu, Cina dan
India. Di tingkat atas Kachi Mall pula terdapat kedai komputer, alat tulis dan
photostate yang melengkapi kehendak mahasiswa.
Bukit Kachi telah memberi
hidup saya lebih penuh makna kerana kehidupan disini lebih tenang, nyaman,
selamat dan saya lebih fokus terhadap pelajaran. Terima kasih tidak terhingga
kepada pengetua DPP SME Bank, En. Zahiril dan JKPS yang sentiasa berjuang demi
kami sebagai penginap di Bukit Kachi.