Wednesday, 18 September 2013

Di sebalik Bukit Kachi, UUM




Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kepadatan dan keriuhan suasana kampus Universiti Utara Malaysia, ramai yang terlupa dengan kisah Bukit Kachi. Dimana terletaknya Bukit Kachi? Ada yang tidak pernah langsung singgah ke Bukit Kachi dan ada yang sangat takut untuk ke sana hanya kerana ia terletak jauh ke dalam hutan sedangkan ia cuma 200 kilometer dari pintu campus UUM. Pelbagai cerita buruk dan menakutkan yang diperdengar tentang Bukit Kachi seperti tempat itu sangat ‘keras’!

Saya adalah pelajar UUM yang ditempatkan di Bukit Kachi sejak semester satu dan sekarang semester lima dimana sudah dua tahun lebih saya menginap di Dewan Penginapan Pelajar SME Bank, Bukit Kachi. Saya selalu berdoa agar Allah tempatkan saya di DPP yang terbaik dan sekarang saya amat bersyukur kerana Bukit Kachi adalah yang terbaik untuk kehidupan saya yang bergelar mahasiswi. 






Apa yang seronok dan terbaik sangat Bukit Kachi ni? Pertamanya, Bukit Kachi dibangunkan setelah melihat beberapa masalah yang dihadapi di dalam campus UUM seperti kepadatan penduduk. Maka, Bukit Kachi telah diberi nafas baru dengan membangunkan asrama yang lebih teratur sehingga 4 ke 5 tingkat dan ruang setiap bilik adalah lebih luas dan selesa. Segala kemudahan amat dititik beratkan seperti tandas, bilik mandi dan ampaian baju yang boleh menampung jumlah pelajar tanpa ada masalah yang besar. Kemudian, setiap dua blok asrama mempunyai court badminton dan futsal sendiri dimana peralatan sukan juga tidak diabaikan.








Segala keperluan dan kehendak sebagai mahasiswa sentiasa dipenuhi walaupun kami hidup di Bukit Kachi dimana terdapat masjid dan Kachi Mall khas untuk dua DPP sahaja iaitu DPP Bank Rakyat dan DPP SME Bank . Kami mempunyai masjid yang luas, bersih dan sangat selesa tambahan pula khairiah masjid sangat aktif . Bagi Kachi Mall pula, terdapat koperasi yang lengkap dengan barangan jualan dan hampir sepuluh pilihan gerai makanan disediakan termasuk makanan Barat, Melayu, Cina dan India. Di tingkat atas Kachi Mall pula terdapat kedai komputer, alat tulis dan photostate yang melengkapi kehendak mahasiswa.
 





Bukit Kachi telah memberi hidup saya lebih penuh makna kerana kehidupan disini lebih tenang, nyaman, selamat dan saya lebih fokus terhadap pelajaran. Terima kasih tidak terhingga kepada pengetua DPP SME Bank, En. Zahiril dan JKPS yang sentiasa berjuang demi kami sebagai penginap di Bukit Kachi.